PETALING JAYA – KFC Malaysia terus meningkatkan usahanya untuk mendekati masyarakat dengan menyumbang 20,000 pelitup muka bagi menyokong golongan rentan dan kurang berkemampuan di sekitar Lembah Klang.
Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan KFC Malaysia dalam mewujudkan impak sosial yang bermakna di samping menangani keperluan mendesak komuniti yang menghadapi cabaran harian, terutamanya berikutan isu kualiti udara baru-baru ini yang melanda sesetengah kawasan di dalam negara.
Sumbangan ini adalah usaha kolaboratif antara KFC Malaysia dengan rakan kerjasamanya menerusi Program Harvest, iaitu Kechara Soup Kitchen (KSK) dan The Lost Food Project (TLFP).
Menerusi kerjasama berstrategi tersebut, KFC Malaysia berhasrat untuk memastikan bantuan asas dapat disampaikan kepada mereka yang paling memerlukan, sekali gus memperkukuh komitmennya dalam










