BENGALURU: Penguasa Pasaran Tenaga Singapura (EMA) memberikan kelulusan bersyarat bagi cadangan projek mengimport tenaga elektrik boleh baharu dari Vietnam menerusi Malaysia, menurut PETRONAS.

Inisiatif Vietnam-Malaysia-Singapura itu menyasarkan import sehingga 1.3 gigawatt tenaga elektrik boleh baharu ke Singapura menerusi koridor tenaga serantau yang menghubungkan ketiga-tiga negara.

Konsortium pertama terdiri daripada PetroVietnam Technical Services dan sebuah unit milik Sembcorp Industries yang berpangkalan di Singapura.

Konsortium MY Energy pula dianggotai Tenaga Nasional Bhd dan PETRONAS.