KUALA LUMPUR: Selepas hampir sedekad meninggalkan UMNO, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad memberi bayangan kembali menyertai parti itu menerusi inisiatif Rumah Bangsa.

Perkembangan itu dikongsikan Mohd Radzi yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO ketika mengadakan kunjungan terhadap Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, hari ini.

"Insya-Allah tak lama lagi!" katanya ringkas seperti diumumkan Asyraf Wajdi menerusi hantaran di Facebook.

Mohd Radzi adalah tokoh politik aktif ketika pentadbiran Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad selain pernah memegang beberapa jawatan dalam Kabinet antaranya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Menteri Dalam Negeri.