KUALA LUMPUR: Malaysia bakal membentangkan satu dokumen perbincangan tidak rasmi berkaitan jerebu rentas sempadan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Manila, Filipina pada 14 November hadapan.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata cadangan itu bertujuan mewujudkan satu rangka kerja bagi membolehkan negara-negara anggota ASEAN saling membantu antara satu sama lain setiap kali bencana kebakaran hutan atau jerebu melanda rantau ini.
"Saya akan membawa satu 'non-paper' dan bukannya sebagai agenda rasmi memandangkan agenda ASEAN bagi mesyuarat itu sudahpun ditetapkan.
"Saya merancang untuk mencadangkan perbincangan mewujudkan satu rangka kerja yang teratur bagi menangani isu jerebu rentas sempadan.









