ISKANDAR PUTERI: Pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT) Natxo Insa mengingatkan rakan sepasukan supaya mengelak daripada bersikap terlalu yakin tatkala melayani kunjungan Port FC dalam aksi Zon Timur Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, petang esok.

Insa menegaskan JDT akan menentang pasukan hebat dari Thailand dan barisan pemain pasukan itu bersifat pejuang yang akan bertarung dari awal hingga akhir permainan dan para pemain Harimau Selatan tidak boleh leka walaupun sesaat untuk melakar keputusan positif.

"Saingan ACLE amat istimewa bagi JDT kerana setiap tahun kami harus beri yang terbaik selepas musim lalu kami berjaya ke pentas suku akhir dan sudah tentu pada musim ini kami mahu mara lebih jauh dan akan berjuang sebaik aksi bermula.