Kuala Lumpur: "Saya rasa mak cik yang cium pipi Bella itu comel. Dia patut dapat anugerah sebab comel gila!." Demikian hantaran pempengaruh media sosial, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman atau dikenali Space Dollah yang juga abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi perkongsian di akaun Threads miliknya, hari ini.
Hantaran itu dipercayai merujuk video tular yang menunjukkan seorang wanita menarik kemudian mencium pipi adik iparnya, Bella Astillah ketika majlis Kenduri Rakyat di Muar, Johor, semalam.
Perkongsian hantaran itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Sebahagiannya tidak bersetuju dengan tindakan wanita berkenaan mencium pipi Bella Astillah kerana menganggapnya keterlaluan dan tidak sepatutnya walaupun meminati pelakon dan penyanyi berkenaan. "Jangan normalisasikannya. Biar ada adab dan batas. Kasihan Bella," tulis seorang warganet, Nurazreena. "Saya tak rasa benda seperti itu comel. Ia boleh menjadi sesuatu yang mencederakan, mungkin juga menjadi ancaman tanpa diduga.








