KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengarahkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan syarikat terbabit industri perikanan supaya meningkatkan penyimpanan bekalan ikan sejuk beku susulan fenomena Super El Nino yang dijangka melanda rantau Asia Tenggara.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata langkah itu adalah sebahagian daripada usaha kementerian mendepani masalah kekurangan bekalan makanan yang dijangka berlaku akibat fenomena berkenaan.

"Jika berlaku kekurangan ikan akibat (fenomena Super El Nino) yang dijangka Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), suhu akan cecah 40 darjah menyebabkan cuaca panas.

"Ia akan menyebabkan ikan di tepi pantai akan ke tengah laut, mungkin jumlah penangkapan nelayan kecil akan terjejas.