KUALA LUMPUR: Grand Dynamic Builders Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh GDB Holdings Bhd, berjaya meraih kontrak bernilai RM1.017 bilion daripada Perdana ParkCity Sdn Bhd bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan bagi ParkCity Residences di Desa ParkCity.
Dalam kenyataannya hari ini, kumpulan pembinaan berkenaan memaklumkan kontrak itu yang juga anugerah projek kediaman terbesar pernah diperolehnya, sekali gus meningkatkan jumlah kontrak kepada paras tertinggi RM1.81 bilion setakat ini manakala nilai perolehan kontrak dalam tangan mencecah kira-kira RM2.05 bilion dan menyumbang kepada ketampakan pendapatannya sehingga 2031.
"Projek itu merangkumi dua blok kediaman 49 hingga 63 tingkat dengan 433 unit pangsapuri, podium tujuh tingkat yang menempatkan kemudahan kediaman dan parkir serta ruang parkir bawah tanah.









