KUALA LIPIS - Kerajaan Negeri Pahang menjadi negeri pertama di Malaysia mempunyai pasukan penguatkuasaan sendiri menerusi penubuhan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) bagi menjaga kepentingan negeri serta mencegah kehilangan dan ketirisan hasil kerajaan.Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, unit berkenaan berperanan membanteras aktiviti tidak sihat termasuk pencerobohan tanah haram, pembalakan haram dan kecurian pasir.Beliau berkata, kerajaan negeri memandang serius kegiatan berkenaan kerana ia boleh menjejaskan hasil serta khazanah negeri.Beliau berkata sedemikian ketika Program Town Hall Rakyat (THR) Sinar Harian bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (Tok Wan) yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini pada Isnin.AKAN MENYUSUL
Pahang negeri pertama miliki unit penguatkuasaan sendiri, banteras pencerobohan tanah haram

Key takeaways
Pahang menjadi negeri pertama di Malaysia dengan unit penguatkuasaan sendiri untuk mencegah pencerobohan tanah haram dan aktiviti tidak sihat lain.
- UPNP ditubuhkan untuk menjaga kepentingan negeri dan mencegah kehilangan hasil kerajaan.
- Unit ini membanteras pencerobohan tanah haram, pembalakan haram dan kecurian pasir.
- Kerajaan Negeri Pahang memandang serius kegiatan tersebut kerana boleh menjejaskan khazanah negeri.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Pahang atasi Selangor pada final pertama MPFL
- Sinar Harian Pahang negeri pertama miliki unit penguatkuasaan sendiri, banteras pencerobohan tanah haram (this story)








