KUALA LIPIS - Kerajaan Pahang telah mewartakan kira-kira 16,000 lot rumah di bawah Projek Skim Tanah Rakyat Felda Pahang (STRFP) untuk generasi baharu peneroka di negeri berkenaan.Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, usaha itu dibuat bagi memelihara kebajikan dan memperkasakan generasi baharu komuniti tersebut."Walaupun Akta Felda mengatakan tidak boleh buat rumah di tapak asalnya. Saya selaku wakil kerjaan negeri di dalam Mesyuarat Tanah Negara telah bangkitkan supaya akta itu diubah dan membolehkan generasi kedua, generasi kedua membuat rumah di tapak asal mereka."Dan Alhamdulillah, perkara ini telah pun diluluskan oleh Felda," katanya ketika Program Town Hall Rakyat (THR) Sinar Harian bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (Tok Wan) yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini pada Isnin.Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata, kebajikan dan keperluan komuniti itu menjadi antara keutamaan kerajaan mengambil kira jumlah keseluruhan warga Felda di Pahang kini mencecah 43,016 dengan melibatkan 115 rancangan daripada tiga wilayah.Tambah beliau, sebanyak 95.5 peratus daripada keseluruhan peneroka di negeri berkenaan telah menerima surat hak milik tanah masing-masing, sekali gus menjadi yang tertinggi di Malaysia."Yang ada 0.5 peratus (belum terima surat hak milik tanah) itu adalah disebabkan masalah warisan yang di luar daripada keupayaan kerajaan negeri. Itu pun kita sedang uruskan."Insya-ALLAH kita kalau boleh hendak sifarkan surat tanah milik ini, kita hendak bagi semua kepada peneroka. Itu tanggungjawab kerajaan negeri dan kita sedang laksanakan," katanya.
Pahang warta 16,000 lot rumah untuk generasi baharu Felda - Wan Rosdy

Key takeaways
Kerajaan Pahang mewartakan 16,000 lot rumah untuk generasi baharu peneroka Felda di negeri tersebut.
- Kerajaan Pahang memperkenalkan 16,000 lot rumah untuk peneroka Felda.
- 95.5 peratus peneroka di Pahang sudah menerima surat hak milik tanah.
- Masalah warisan menyebabkan 0.5 peratus peneroka belum menerima surat tanah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NURUL HUDA HUSAIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia JPN edar 275,785 MyKad Generasi Baharu sejak lancar
- Utusan Malaysia Kepimpinan generasi baharu persatuan penulis menjelang 2027
- Sinar Harian Pahang warta 16,000 lot rumah untuk generasi baharu Felda - Wan Rosdy (this story)







