Tahun 2026 hampir sampai ke penghujungnya, dan dunia penulisan antarabangsa telah menyaksikan beberapa perkembangan penting berkaitan kecerdasan buatan (AI).
Di Amerika Syarikat, Authors Guild mengeluarkan klausa model kontrak AI yang baharu pada April 2026 bagi melindungi karya ahlinya. Pada Julai 2026 pula, penyelesaian bernilai AS$1.5 bilion dalam tindakan kelas pengarang terhadap syarikat AI Anthropic mendapat kelulusan muktamad.
Pada masa sama, PEN International melalui inisiatif Tomorrow Club menghimpunkan 30 penulis berusia bawah 35 tahun dari 20 negara Asia untuk dibimbing dan diberi pentas. Perkembangan ini menimbulkan satu persoalan yang wajar direnungkan oleh persatuan penulis di negara kita: Siapakah yang akan memimpin persatuan penulis Malaysia ketika memasuki 2027, tahun yang dijangka menyaksikan AI semakin menguasai cara karya ditulis, diterbit, dibaca dan dinilai?










