LONDON: Real Madrid dilaporkan sudah menamatkan tindakan boikot ke atas majlis anugerah Ballon d'Or sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa bintang mereka, Kylian Mbappe bakal merangkul anugerah individu paling berprestij dalam arena bola sepak dunia itu.

Gergasi Sepanyol berkenaan sebelum ini enggan menghadiri majlis anugerah berprestij terbabit berikutan pertikaian hangat dengan pihak penganjur selepas penyerang mereka, Vinicius Junior gagal memenangi anugerah berkenaan.

Namun, menurut laporan The Athletic, pihak pengurusan tertinggi Madrid kini menarik balik tindakan boikot itu sekali gus menimbulkan persoalan sama ada kelab itu sudah mendapat bayangan bahawa Mbappe bakal dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia.