REAL Madrid meneruskan permulaan sempurna dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan RB Leipzig 4-1 di Santiago Bernabeu, awal pagi Khamis.Kemenangan ketiga berturut-turut itu menyaksikan skuad kendalian Jose Mourinho mengumpul sembilan mata maksimum, sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka dalam fasa liga.Namun, di sebalik ketajaman jentera serangan, kemampuan Real Madrid mengawal ancaman lawan masih menjadi persoalan apabila mereka terus memberikan ruang kepada pasukan pelawat untuk mencipta peluang berbahaya.Leipzig beberapa kali menguji benteng tuan rumah, terutama menerusi Rómulo dan Christopher Nkunku pada separuh masa pertama.Penjaga gol Thibaut Courtois terpaksa bekerja keras untuk memastikan gawang Real Madrid tidak dibolosi lebih awal.Situasi itu memperlihatkan kemenangan besar tidak semestinya menggambarkan penguasaan mutlak sepanjang perlawanan, terutama apabila lawan mampu menembusi ruang pertahanan dan menghasilkan peluang berkualiti.Real Madrid bagaimanapun menunjukkan kelebihan dari segi penyudah apabila Bernardo Silva membuka jaringan pada minit ke-44 sebelum Arda Güler menggandakan kelebihan tujuh minit selepas rehat.Kylian Mbappé kemudian menjadikan kedudukan 3-0 menerusi rembatan menarik pada minit ke-83.Leipzig membalas melalui Tidiam Gomis seminit kemudian tetapi Yan Diomande memastikan kemenangan tuan rumah dengan gol keempat pada minit ke-87.
Real Madrid catat rekod sempurna tapi benteng masih rapuh

Key takeaways
Real Madrid menang 4-1 atas RB Leipzig dalam Liga Juara-Juara Eropah, tetapi pertahanan mereka masih lemah.
- Real Madrid mencatat tiga kemenangan berturut-turut dengan 9 mata penuh.
- RB Leipzig sering menguji pertahanan Real Madrid dengan peluang berbahaya.
- Real Madrid memperlihatkan kelebihan dalam penyelesaian akhir dengan gol dari Silva, Güler dan Mbappé.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AFDAH MUJAP
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Barcelona kekal sempurna, Real menang tipis
- Berita Harian Real Betis benam Osasuna, pintas Real Madrid
- Berita Harian Amaran Mourinho buat bintang Real Madrid
- Sinar Harian Real Madrid catat rekod sempurna tapi benteng masih rapuh (this story)






