CYBERJAYA: Kerajaan menggalakkan penjawat awam dan rakyat Malaysia menyahpasang aplikasi navigasi Waze bagi mengurangkan risiko pendedahan data lokasi, pergerakan dan aktiviti pengguna.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Raja Datuk Nurshirwan Zainal Abidin, berkata langkah itu susulan kebimbangan terhadap pengumpulan data pengguna oleh aplikasi berkenaan, termasuk ketika aplikasi tidak digunakan secara aktif, bergantung pada tetapan peranti.
Keputusan itu katanya, dibuat berdasarkan dua pertimbangan utama, iaitu aspek keselamatan data pengguna serta perubahan terma penggunaan Waze yang menetapkan undang-undang Israel sebagai undang-undang yang terpakai terhadap penggunaan aplikasi berkenaan.








