KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki negara berpeluang menebus kekecewaan tewas kepada India pada final Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 apabila bakal bertemu sekali lagi dengan seteru utama itu pada saingan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2026 di Punjab, India, dari 27 Oktober hingga 5 November ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) merangkap pengurus skuad negara, Datuk Najmi Razak mahu pemain mengekalkan momentum selepas muncul naib juara Sukan Asia, sekali gus membuktikan Malaysia mampu terus bersaing dalam kelompok terbaik Asia.

Beliau turut menggesa pemain menyahut cabaran Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal untuk mencipta kejutan dengan menewaskan India yang juga juara bertahan ACT di laman sendiri, selain mengekalkan aksi konsisten sepanjang kejohanan.