KUALA LUMPUR: Tekanan mengejar kejayaan akademik dan kerjaya, masalah perhubungan, pengaruh media sosial dan masalah kewangan menjadi antara faktor utama kesihatan mental generasi muda ketika ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 mendapati prevalen kemurungan dalam kalangan mereka berumur 16 tahun ke atas adalah sebanyak 4.6 peratus atau kira-kira sejuta orang.

Katanya, kumpulan anak muda atau belia mencatatkan kadar tertinggi, dengan prevalen kemurungan berada pada 7.9 peratus bagi lingkungan umur 16 hingga 19 tahun dan 7.6 peratus bagi umur 20 hingga 29 tahun.

"Hasil Tinjauan NHMS pada 2022 yang menilai tahap kemurungan ibu selepas bersalin pula mendapati 11.2 peratus mengalami kemurungan yang lebih membimbangkan sembilan daripada 10 ibu ini tidak menyedari masalah kemurungan dialami.