Pemberian kerajaan persekutuan kepada negeri dijangka meningkat kepada RM10.5 bilion tahun ini, berbanding RM10.3 bilion pada 2025.PETALING JAYA: Masyarakat tidak seharusnya menganggap semua masalah infrastruktur menjadi tanggungjawab satu pihak sahaja kerana bidang kuasa, pelaksanaan dan pembiayaannya boleh melibatkan kerajaan persekutuan dan negeri.
Ramli Dollah.Ahli akademik Ramli Dollah daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata, pembahagian tanggungjawab antara kedua-dua peringkat kerajaan secara asasnya sudah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pensyarah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan itu menekankan pembahagian kuasa itu ditetapkan menerusi Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.





