KUANTAN – Seorang anak kecil terpaksa bergantung kepada penjagaan rapi ibunya selepas dilahirkan dengan pelbagai kom­plikasi kesihatan.

Bagi Siti Nur Najwa Zamrifaizal, 23, setiap hari adalah perjuangan untuk memastikan anaknya, Muhammad Nuh Alfateh Abdullah, 2, terus bertahan meskipun berdepan lima penyakit seperti sindrom down, tiada lubang anus, komplikasi jantung, laryngomalacia dan masalah paru-paru.

Menurutnya, walaupun ber­depan keletihan fizikal dan emosi, namun dia tetap memilih untuk terus kuat demi memastikan anak kecilnya mendapat penja­gaan terbaik.

“Pernah rasa penat, tetapi bila tengok muka Muhammad Nuh saya perlu berlapang dada de­ngan ujian ini.