PETALING JAYA – Kucing oren berbulu panjang yang sebelum ini mencuri perhatian ramai kerana gemar mencuri selipar, kini dilaporkan hilang selepas beberapa hari tidak pulang ke rumah.
Pemiliknya, Noraini Darus, merayu bantuan orang ramai untuk mencari kucing tular kesayangan berbaka parsi yang dikenali sebagai Yeyen Selipar itu.
Menerusi hantaran di media sosial, Noraini berkata, semakan rakaman televisyen litar tertutup kali terakhir menunjukkan Yeyen masih berada di kawasan perumahan kejiranannya.
“Mak nak mintak tolong dengan semua yang mengenali kami tolong bantu cari Yeyen mak…dah berapa hari dah dia tak balik rumah.









