SHAH ALAM – Bekas Eksekutif Teknik (Unit Mobility Solution) Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas satu pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berkaitan kontrak bernilai lebih RM2.6 juta, lapan tahun lalu.Berdasarkan kenyataan media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Rizal Mohd Yusof, 52, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Mohd Nasir Nordin.Mengikut pertuduhan, lelaki itu yang merupakan pegawai badan awam berkenaan dan bertugas sebagai ahli Jawatankuasa Penilaian Teknikal Tender didakwa menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi pihak syarikat Sunpower Resources (M) Sdn Bhd.Perbuatan itu berkaitan kontrak ‘Kerja-Kerja Pengumpulan, Mengesahkan Serta Mengemas Kini Pengurusan Data Linear Aset bagi Zon Timur’ yang bernilai RM2,628,080.Tertuduh didakwa mengambil bahagian dalam mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Teknikal Tender berhubung kontrak berkenaan walaupun mempunyai kepentingan pada 1 Oktober 2018.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Ps Muhammad Arif Asyraf Mohd Khairi, manakala tertuduh diwakili peguam, Khairul Amin Abdullah.Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan syarat tambahan iaitu melaporkan diri di pejabat SPRM terdekat sekali setiap bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.Sebutan semula kes ditetapkan pada 15 Disember depan.
Bekas eksekutif TNB didakwa salah guna kedudukan berkaitan kontrak RM2.6 juta

Key takeaways
Seorang bekas eksekutif TNB didakwa salah guna kedudukan dalam kontrak RM2.6 juta pada 2018.
- Bekas eksekutif TNB mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen.
- Dia didakwa menggunakan kedudukan untuk suapan dalam kontrak bernilai RM2.6 juta.
- Tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan syarat tambahan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOOR AZLIDA ALIMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Bekas pengerusi YBR dakwa SPRM salah guna kuasa, tak profesional
- Utusan Malaysia Bekas pengarah sebuah IPTA dituduh salah guna kuasa
- Free Malaysia Today Bekas pengarah UKMShape dituduh salah guna kuasa
- Sinar Harian Bekas eksekutif TNB didakwa salah guna kedudukan berkaitan kontrak RM2.6 juta (this story)








