ASTON Villa meneruskan permulaan cemerlang dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah apabila menewaskan Viking FK 3-1 di Villa Park, awal pagi Khamis.Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Unai Emery mengutip sembilan mata maksimum selepas tiga perlawanan, sekali gus mengukuhkan peluang mereka memburu tempat dalam kelompok lapan terbaik fasa liga.Villa membuka tirai jaringan pada minit ke-23 menerusi tandukan Ross Barkley yang menyambut sepakan penjuru Ibrahim Mbaye.Tuan rumah menggandakan kelebihan pada minit ke-37 apabila Emiliano Buendia menyempurnakan sepakan penalti selepas pengadil membuat semakan video bantuan pengadil (VAR) susulan kekasaran ke atas Alysson.Villa terus menguasai permainan selepas rehat dan melebarkan jurang kepada 3-0 pada minit ke-62 apabila hantaran lintang Alysson terkena pertahanan Viking, Henrik Heggheim sebelum bola menerjah gawang sendiri.Bagaimanapun, Viking yang sebelum ini mencuri perhatian selepas mengikat Bayern Munich 3-3 dalam aksi terdahulu, enggan menyerah kalah begitu sahaja.Pasukan dari Norway itu memperkemaskan permainan pada separuh masa kedua sebelum Peter Christiansen merapatkan kedudukan menerusi rembatan voli menarik pada minit ke-84.Jaringan itu bagaimanapun tidak menghalang Villa daripada mengesahkan kemenangan ketiga mereka selepas turut menewaskan Club Brugge 3-2 dan membelasah Fenerbahce 6-0 dalam dua perlawanan awal.Keputusan tersebut turut meneruskan momentum positif Villa dalam saingan Eropah di bawah kendalian Emery yang membimbing kelab itu menjuarai Liga Europa musim lalu.
Villa jinakkan Viking, kekal rekod sempurna di Liga Juara-Juara

Key takeaways
Aston Villa menewaskan Viking FK 3-1 di Villa Park, mempertahankan rekod sempurna dalam Liga Juara-Juara.
- Aston Villa meraih kemenangan ketiga dalam tiga perlawanan Liga Juara-Juara.
- Villa mencatatkan 9 mata maksimum selepas tiga perlawanan.
- Viking mencetak jaringan tunggal menerusi Peter Christiansen pada minit ke-84.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Barcelona kekal sempurna, Real menang tipis
- Malaysiakini (BM) Syed Saddiq kekal rekod kehadiran penuh Parlimen
- Free Malaysia Today Villa tame Viking to stay perfect in Champions League
- Sinar Harian Villa jinakkan Viking, kekal rekod sempurna di Liga Juara-Juara (this story)
- Harian Metro Villa lebur cabaran Viking








