Birmingham, United Kingdom: Aston Villa meneruskan permulaan sempurna dalam Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan kelab Norway, Viking, 3-1, awal pagi tadi sekali gus mengukuhkan peluang mereka untuk menamatkan fasa liga dalam kelompok lapan teratas.
Ross Barkley meletakkan tuan rumah di depan pada pertengahan babak pertama sebelum Emiliano Buendia menyempurnakan sepakan penalti untuk menggandakan kelebihan Villa di Villa Park.
Gol sendiri Henrik Heggheim sejurus selepas sejam permainan menjadikan kedudukan hampir selamat buat Villa, meskipun pasukan pelawat berjaya mendapatkan gol saguhati pada penghujung perlawanan.
"Kami bermain dengan sangat selamat. Pada babak pertama, kami mendominasi dan berasa selesa.






