Manchester: Kapten Manchester United, Bruno Fernandes mempersoalkan pendekatan taktikal pasukannya selepas dibelasah 1-4 oleh Como dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi tadi, sambil menyifatkan pemain seolah-olah sudah hilang semangat selepas dibolosi awal.
Como membuka jaringan seawal minit kedua sebelum United terus bergelut sepanjang perlawanan, dengan gol sagu hati Joshua Zirkzee pada masa kecederaan sekadar mengurangkan jurang kekalahan.
Fernandes berkata, United gagal memberikan tekanan mencukupi kepada lawan selain kurang pergerakan tanpa bola, sekali gus membolehkan Como menguasai permainan.
"Kami bermula dengan langkah yang salah dan mereka menjaringkan gol terlalu awal. Tekanan terhadap pemain yang menguasai bola tidak mencukupi dan pergerakan tanpa bola juga tidak begitu baik.






