ISTANBUL: Sekurang-kurang seorang maut, manakala lapan lagi cedera akibat serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Fahd di Dammam, timur Arab Saudi, lewat semalam, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (GACA) negara itu, lapor Anadolu Ajansi.

GACA memaklumkan bahawa mangsa yang cedera segera dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut, dengan kecederaan dialami antara tahap ringan hinggalah parah.

Katanya, serangan itu turut mengakibatkan kerosakan material yang masih sedang dinilai oleh pihak berkuasa, dan maklumat kemas kini akan diberikan kemudian.

Bagaimanapun setakat ini, pihak berkuasa tidak memperincikan jenis serangan terbabit.