Madrid: Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho berkata adalah tidak adil untuk membandingkan pasukannya dengan juara Sepanyol, Barcelona, menjelang aksi El Clasico La Liga awal pagi Isnin ini.

Barcelona kendalian Hansi Flick muncul juara La Liga dua musim berturut-turut dan kini mendahului liga utama Sepanyol itu tanpa kalah, manakala Mourinho tiba di Madrid pada musim panas ini selepas kelab berkenaan melalui dua musim tanpa memenangi trofi utama.

Bagaimanapun, keadaan berubah sedikit selepas Barcelona mengalami kekalahan pertama musim ini kepada Paris Saint-Germain (PSG) pada Rabu lalu, manakala Real Madrid memenangi empat perlawanan terakhir mereka.

Madrid kini berada di tangga ketiga La Liga, ketinggalan enam mata di belakang Barcelona menjelang pertemuan di Camp Nou. awal pagi Isnin.