KUALA LUMPUR: Citaglobal Bhd memeterai perjanjian bersyarat untuk melupuskan keseluruhan 20 peratus pegangannya dalam Manjaran Sdn Bhd kepada Berjaya Property Bhd (BProperty) dengan harga RM50 juta, yang akan dibayar penuh dalam saham BProperty.

Kumpulan terpelbagai itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, penjualan itu melibatkan 1.6 juta saham biasa dalam Manjaran dan di bawah perjanjian itu, BProperty akan menerbitkan 178.57 juta saham baharu pada 28 sen setiap satu kepada Citaglobal.

"Cadangan pelupusan itu membolehkan kumpulan merealisasikan pelaburannya dalam Manjaran pada penilaian tersirat sebanyak RM250 juta, mewakili peningkatan 25 peratus berbanding penilaian tersirat RM200 juta.