JOHOR BAHRU: Pemuda UMNO mengingatkan PKR supaya menumpukan perhatian kepada isu parti itu sendiri dan tidak perlu menjadi penasihat dalam urusan hubungan komponen Barisan Nasional (BN).

Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd Hairi Mad Shah berkata PKR perlu lebih fokus kepada parti sendiri, melihat kepada rekod Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebelum ini serta perkembangan dinamik politik semasa parti UMNO.

"Saya mengikuti kenyataan beberapa pemimpin PKR yang tiba-tiba begitu prihatin terhadap hubungan UMNO dan MCA dalam BN. Saya hanya mahu bertanya satu soalan mudah, berapa kerusi yang dimenangi PKR di Melaka?

"Pada PRN Melaka 2021, PKR bertanding 11 kerusi. Keputusannya? Kosong. Sifar. Tidak satu pun. Tiga kerusi yang dimenangi pada PRU14 juga lesap. Tetapi, hari ini PKR menyalak macam nak runtuh langit, seolah-olah merekalah penyumbang kerusi terbanyak dan paling layak mengajar orang lain tentang politik gabungan.