PETALING JAYA: Persiapan mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka antara beberapa agenda dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU malam ini.

Ahli MPT BERSATU, Dr Afif Bahardin turut memaklumkan mesyuarat sama akan membincangkan beberapa perkara lain termasuk tindakan tatatertib yang akan dikemukakan Perikatan Nasional (PN).

"PRN Melaka memang akan dibincangkan malam ini, manakala PRN Sarawak mungkin dibincangkan sekali.

"Tindakan tatatertib (oleh PN) ini biasalah kerana ia memang urusan parti," katanya ketika ditemui di pekarangan ibu pejabat BERSATU di sini malam ini.