MANCHESTER: Pihak atasan Manchester United sedang mengadakan perbincangan mengenai kemungkinan memecat Michael Carrick selepas kekalahan memalukan 0-3 kepada Bournemouth di Old Trafford.

Ketua Pegawai Eksekutif United, Omar Berrada dan Pengarah Bola Sepak, Jason Wilcox tiba di pusat latihan Carrington, hari ini walaupun kebanyakan pemain diberikan cuti pada hari berkenaan.

Kapten pasukan, Bruno Fernandes turut hadir di Carrington untuk mendapatkan rawatan meskipun skuad utama tidak menjalani latihan.

Fernandes diketepikan daripada kesebelasan utama ketika menentang Bournemouth selepas dilaporkan mempersoalkan taktikal Carrick susulan kekalahan 1-4 kepada Como pada pertengahan minggu.