JOHOR BAHRU: Kertas siasatan berhubung kes pembunuhan tragis pelajar perempuan, Allahyarhamah Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal, 16, telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) negeri, Jumaat lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, pihak polis kini masih menunggu sebarang arahan atau keputusan terkini daripada pihak TPR berhubung tindakan lanjut yang akan diambil.
Menurutnya, proses teliti sedang dilaksanakan oleh pihak pendakwaan memandangkan suspek utama yang ditahan dalam kes berkenaan merupakan seorang pesalah juvana (di bawah umur).
“Kita telah pun merujuk kertas siasatan berkaitan dengan kes tersebut ke pejabat TPR, kita belum menerima apa-apa arahan terkini daripada pihak mereka, masih dalam peringkat kajian terhadap kes t








