JOHOR BAHRU: Polis masih menunggu arahan lanjut daripada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, berhubung kertas siasatan kes pembunuhan pelajar perempuan, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata kertas siasatan itu sudah dirujuk ke pejabat itu Jumaat lalu, namun ia masih di peringkat penelitian.
Beliau berkata, ia memerlukan pertimbangan lebih mendalam kerana kes membabitkan suspek juvana.
"Setakat ini, kertas siasatan kita telah rujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, namun kita belum menerima apa-apa arahan terkini.








