IPOH: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyalurkan sumbangan kewangan kepada dua wartawan iaitu dari Bernama BERNAMA dan New Straits Times (NST) yang terbabit kemalangan jalan raya di Jalan Ipoh-Lumut, Ahad lalu.

Sumbangan disampaikan menerusi Setiausaha Akhbarnya, Shuhaimi Mohamed, ketika mengunjungi wartawan BERNAMA, Nur Afiradina Arshad, 34, di Semenyih, Selangor dan wartawan NST, Zahratulhayat Mat Arif, 37, di kediamannya di Klebang Harmoni, di sini, hari ini.

Shuhaimi berkata, pihak Timbalan Perdana Menteri bersedia meneliti keperluan kedua-dua wartawan itu sekiranya bantuan lanjut diperlukan bagi meringankan beban ditanggung susulan kejadian berkenaan.

Beliau turut berharap kedua-dua mangsa segera pulih dan dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa.