KUALA LUMPUR: Matang Bhd menggantung tugas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) merangkap Pemangku Ketua Pegawai Operasi (COO), Tan Theng Hwee, berkuat kuasa serta-merta bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan.
Kumpulan perladangan yang disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia itu berkata, siasatan berkenaan membabitkan beberapa perkara berkaitan tadbir urus, operasi dan tatakelakuan pengurusan.
Matang dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, penggantungan itu adalah langkah sementara bagi memudahkan siasatan dijalankan.
"Lembaga pengarah ingin menegaskan bahawa siasatan kini pada peringkat awal dan tiada sebarang penemuan salah laku dibuat terhadap Theng Hwee.










