KOTA KINABALU: Seorang pekerja ladang sawit dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini selepas didapati salah menyebabkan kematian rakan sekerjanya susulan pertengkaran mengenai wang RM20.
Hukuman diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman, Ratanah Devi Yusof Perumal selepas Risdi Baharuddin, 29, membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.
Mahkamah memerintahkan hukuman dijalankan berkuat kuasa tarikh tertuduh ditahan 31 Januari 2025.
Risdi yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri turut dirujuk kepada Jabatan Imigresen.









