KUALA LUMPUR: Skuad bawah 15 (B-15) tahun kebangsaan meneruskan rekod tanpa kalah dalam Festival dan Piala Dunia B-15 FIFA 2026 apabila bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Hungary 1-1, hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Kompleks Pertandingan Hovsan, Baku, Azerbaijan itu, skuad kendalian P Maniam ketinggalan menerusi jaringan Mark Sipos pada minit ke-20.

Harimau Malaya B-15 bagaimanapun tidak menunggu lama untuk mengikat kedudukan selepas Iman Lutfi Zairol Hisham menyempurnakan sepakan penalti tiga minit kemudian.

Skuad muda negara sebelum ini merekodkan keputusan cemerlang apabila menewaskan Dominica dan Syria 3-1 sebelum membelasah Ethiopia 5-0, semalam.