PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes di Sabah.

Lelaki berkenaan, Jamaluddin Jamahali, 24, disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Menurut SPRM, usaha menghubungi lelaki itu gagal walaupun tindakan mengesannya sudah dilakukan di alamat terakhirnya di Kampung Keramat, Semporna, Sabah.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Abu Hudzaifah Bin Abd Talib, menerusi talian 014-8573727 atau e-mel hudzaifah@sprm.gov.my. – KOSMO! ONLINE