PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan beberapa individu sedang berhibur di dalam kawasan hutan mengundang pelbagai reaksi netizen.

Menerusi sebuah video dikongsi di Threads, kelihatan kira-kira 30 individu sedang menari diiringi muzik rancak.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan di manakah lokasi video tersebut dirakam.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna terkejut dan mempersoalkan bagaimana acara seperti itu boleh dijalankan di negara ini