KUALA LUMPUR – Sebanyak enam kes melibatkan aktiviti lumba haram dan menduga kelajuan dikesan dalam Ops Khas Motosikal oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL), awal pagi tadi.
Operasi yang dijalankan dengan kerjasama JPJ Ibu Pejabat Putrajaya itu turut menyaksikan sembilan motosikal disita untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Pengarah JPJ WPKL, Hamidi Adam berkata, operasi berkenaan dijalankan di sekitar Jalan Raja Laut, Jalan Ampang dan pusat bandar Kuala Lumpur bermula pukul 10 malam semalam hingga 5 pagi tadi.
“Operasi membabitkan 37 anggota penguat kuasa itu memberi tumpuan kepada penguatkuasaan di bawah Seksyen 42A(1) dan Seksyen 42A(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.






