KUALA LUMPUR – Jalan Raja Laut, Jalan Ampang dan sekitar pusat bandar yang dijadikan 'litar' lumba samseng jalanan digempur pada Isnin.Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, operasi yang dijalankan dengan kerjasama JPJ Ibu Pejabat Putrajaya itu bermula jam 10 malam Ahad hingga 5 pagi Isnin."Operasi membabitkan 37 anggota penguat kuasa itu memberi tumpuan kepada aktiviti lumba haram dan menduga kelajuan yang boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya."Daripada enam kes yang dikesan, dua kes membabitkan lumba haram manakala empat lagi kes menduga kelajuan yang diambil tindakan untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Hamidi berkata, sepanjang operasi, sebanyak 35 kenderaan diperiksa, dengan 11 daripadanya dikenakan tindakan, manakala 47 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan."JPJ turut menyita sembilan motosikal bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut," katanya.Menurutnya, antara kesalahan dikesan termasuk tidak memiliki lesen memandu yang sah, lesen memandu dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans serta kesalahan teknikal."Penguat kuasa turut mengesan pengubahsuaian kenderaan selain nombor pendaftaran dan ekzos yang tidak mematuhi spesifikasi ditetapkan," katanya.Beliau berkata, penguatkuasaan berkenaan memberi tumpuan kepada Seksyen 42A(1) dan Seksyen 42A(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)."JPJ memandang serius kegiatan lumba haram dan menduga kelajuan di jalan raya awam kerana perbuatan itu boleh mengundang kemalangan serius serta mengancam nyawa pengguna jalan raya lain."Jalan raya bukan litar perlumbaan. Keseronokan segelintir individu tidak seharusnya dibayar dengan nyawa dan keselamatan pengguna jalan raya yang lain," katanya.
JPJ gempur litar lumba haram samseng jalanan di KL

Key takeaways
JPJ Kuala Lumpur menjalankan operasi penguatkuasaan terhadap aktiviti lumba haram dan menduga kelajuan di kawasan pusat bandar pada Isnin. Seramai 37 anggota terlibat dalam operasi yang bermula pada waktu malam sehingga awal pagi.
- Enam kes dikesan, iaitu dua kes lumba haram dan empat kes menduga kelajuan.
- Sebanyak 35 kenderaan diperiksa dengan 11 kes dikenakan tindakan dan 47 notis dikeluarkan.
- Sembilan motosikal disita untuk siasatan lanjut atas pelbagai kesalahan trafik.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Berita Harian Lumba haram, tonto berdepan hukuman lebih berat
- Harian Metro Lumba haram: Pesalah berdepan hukuman lebih berat
- Berita Harian Laluan tol jadi 'litar lumba', 30 motosikal disita
- Sinar Harian JPJ gempur litar lumba haram samseng jalanan di KL (this story)







