ISKANDAR PUTERI: Pengendali Port FC, Bozidar Bandovic tampak enggan memikirkan kehebatan Johor Darul Ta'zim (JDT) sebaliknya lebih mengutamakan untuk memperkemaskan barisan pemainnya apabila beraksi dalam saingan Zon Timur Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, petang esok.

Bandonic berkata, selepas beraksi di pentas Liga 1 Thailand dengan kemenangan 4-1 ke atas Rayong FC, kini beralih untuk memberi tumpuan pada saingan ACLE yang lebih kompetitif dan mencabar apabila menentang pasukan terbaik di Malaysia iaitu JDT.

"Untuk aksi menentang JDT, kami kehilangan dua pemain iaitu Kaka Mendes dan Matheus Lins namun situasi itu tidak menjejaskan persiapan kerana saya akan lakukan rotasi pemain dan akan memilh pemain terbaik yang akan diturunkan nanti.