KUALA LUMPUR: BERSAMA mungkin sukar untuk memenangi kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan, namun kehadirannya berpotensi memecah undi dan menjejaskan peluang parti lain termasuk Pakatan Harapan (PH).
Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata kehadiran BERSAMA antara cabaran perlu diberi perhatian kerana isu diketengahkannya tidak banyak berbeza dengan isu dibangkitkan PH.
"Kesepakatan dalam kalangan parti komponen PH penting bagi mengelakkan sebahagian penyokong beralih kepada parti BERSAMA terutama dalam persaingan mendapatkan sokongan pengundi baharu.
"Kita tahu kemampuan BERSAMA. Memang parti ini agak baharu tetapi kita tidak anggap BERSAMA sebagai kecil," katanya dalam satu wawancara.








