KUALA LUMPUR: Jualan Oriental Kopi Holdings Bhd kekal berdaya tahan meskipun berdepan gesaan boikot baru-baru ini susulan ketiadaan terjemahan bahasa Melayu dalam menunya, demikian menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).
Selepas mengadakan perbincangan dengan syarikat itu pada 21 Oktober, HLIB berkata jumlah kunjungan pelanggan tidak berubah dengan ketara, menunjukkan kontroversi berkenaan masih belum memberi kesan material terhadap perniagaannya.
Oriental Kopi sedang membuat persiapan untuk memperkenalkan menu dalam tiga bahasa, dengan kos mencetak semula kira-kira 2,000 buku menu dianggarkan RM150,000, bersamaan kira-kira 0.2 peratus daripada unjuran keuntungan teras HLIB bagi tahun kewangan berakhir Jun 2026.








