Kuala Lumpur: Bekas Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ong Kim Swee akan kembali memegang jawatan terbabit bagi menggantikan Scott O'Donell yang meninggalkan jawatan itu selepas kontraknya berakhir pada Disember.

Menerusi laporan portal Twentytwo13, Kim Swee yang ketika ini berada di Baku untuk menghadiri Piala Dunia Bawah 15 Tahun (B-15) dan Festival 2026 mengesahkan bahawa beliau ditawarkan untuk memegang kembali jawatan lamanya itu.

"Selepas berundur dari FAM pada tahun 2022, saya sempat membimbing Sabah FC serta mengendalikan kelab di Indonesia sebelum pulang ke tanah air untuk mengetuai Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP).

"Kini, saya diberikan kepercayaan sekali lagi untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Teknikal FAM. Ini adalah peluang terbaik untuk saya memantapkan lagi landskap bola sepak negara.