GEORGE TOWN : Polis mengesahkan bahawa punca kematian lelaki warga emas yang terperangkap kejadian tanah runtuh di Taman Seri Rambai, Paya Terubong semalam adalah disebabkan masalah kecederaan selepas dihempap oleh objek tumpul.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pada masa yang sama, lelaki terbabit, Wong Kar Lin, 73, yang juga seorang doktor disahkan maut akibat sesak nafas selepas tertimbus oleh tanah.

Katanya, kedua-dua faktor itu dikenal pasti sebagai penyebab kematian mangsa selepas bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Pulau Pinang (HPP), awal pagi tadi.

“Pada masa ini, polis akan memberi tumpuan terhadap aspek keselamatan khususnya di lokasi kejadian bagi mengelakkan kejadian yang sama daripada berulang.