GEORGE TOWN – Kematian warga emas yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Taman Seri Rambai, Paya Terubong di sini semalam disahkan berpunca daripada kecederaan akibat dihempap objek tumpul serta sesak nafas selepas tertimbus tanah.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, bedah siasat yang selesai dijalankan di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada pukul 3 pagi tadi mendapati kedua-dua faktor itu menjadi punca kematian mangsa dalam kejadian terbabit.
Menurutnya, pihak polis kini memberi tumpuan kepada aspek keselamatan di lokasi kejadian bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
“Polis juga akan memastikan enam buah rumah yang ditinggalkan penghuninya tidak dimasuki oleh mana-mana pihak sepanjang tempoh pemantauan dilakukan.









