GEORGE TOWN – Dua kenderaan, masing-masing BMW dan Honda City, rosak teruk selepas dihempap tanah runtuh berhampiran 33 Leisure Bay Condominium, Jalan Tanjung Tokong, Tanjung Bungah, di sini pada petang Ahad.Kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu tidak melibatkan sebarang mangsa, namun operasi pemeriksaan dan pemantauan masih dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal tiba di lokasi pada jam 7 malam.Menurutnya, kejadian tersebut membabitkan dua kenderaan yang berada berhampiran lokasi ketika tanah runtuh berlaku."Dua kenderaan yang terlibat ialah BMW dan Honda City. Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terlibat," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, seramai enam anggota termasuk seorang penyelia dihantar ke lokasi bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bagi menjalankan operasi.Katanya, operasi itu turut mendapat bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala maklumat lanjut mengenai kejadian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Dua kereta dihempap tanah runtuh di Tanjung Tokong

Key takeaways
Dua kereta, BMW dan Honda City, rosak teruk selepas dihempap tanah runtuh di Tanjung Tokong tanpa sebarang mangsa.
- Tanah runtuh berlaku berhampiran 33 Leisure Bay Condominium, Jalan Tanjung Tokong.
- JBPM Pulau Pinang menjalankan operasi pemeriksaan dan pemantauan di lokasi kejadian.
- Operasi disertai oleh anggota JBPM dan Polis Diraja Malaysia.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Dua kereta dihempap tanah runtuh di Tanjung Tokong (this story)








