SUNGAI PETANI: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh di sungai Kampung Padang Sekawan, Bukit Selambau, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima maklumat awal berhubung kejadian itu pada jam 6.18 petang.

Beliau yang mengetuai operasi itu bersama 10 anggota BBP Baling tiba di lokasi tidak lama kemudian.

"Maklumat awal diterima daripada polis dan keluarga mangsa memaklumkan lelaki tempatan berusia 38 tahun itu dipercayai terjatuh ke dalam sungai itu dari atas jambatan.