SEREMBAN – Abang sulung Allahyarham Norhazwani Ibrahim, 35, hadir di Mahkamah Seremban hari ini bagi mengikuti prosiding kes kematian adiknya yang dipercayai dibunuh suami sendiri di Kompleks Perumahan Penjawat Awam, Nilai, 15 Oktober lalu.

Amran Ibrahim, 59, berkata, keluarganya bersyukur kerana segala urusan menguruskan jenazah Allahyarham dipermudahkan dengan bantuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan arwah adik sudah selamat dikebumikan.

“Hari ini saya datang dari Batu Caves bagi mengikuti prosiding kes. Setakat ini, keluarga sebelah suspek masih belum berjumpa dengan keluarga kami.