PETALING JAYA – Pelakon Nad Zainal menasihati golongan wanita yang mengimpikan pasangan sempurna agar memperbaiki kekurangan diri terlebih dahulu sebelum meletakkan kriteria yang tinggi dalam mencari calon suami.
Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 36, berkata, perkara itu disuarakannya selepas melihat trend luahan golongan muda di media sosial yang enggan mendirikan rumah tangga dengan alasan tidak bertemu lelaki berkeperibadian baik.
“Kadang-kadang kita berdoa setiap hari (nak pasangan), mungkin Allah SWT lambat nak perkenankan. Jadi bagi saya, kita kena terus positif.
“Saya kongsi perkara ini kerana dalam Threads ramai kongsi tak nak kahwin sebab tak ada lelaki ‘green forest’ dan baik.









