PEMPENGARUH media sosial, Cik B berkongsi berita duka mengenai bapanya iaitu Mohd Amin Yasin meninggal dunia pada Sabtu.Menerusi hantaran di Threads, Cik B berkata, dia tidak dapat menggambarkan perasaannya memandangkan hari ini juga merupakan ulang tahun kelahiran ibunya iaitu usahawan, Datuk Seri Vida atau DSVX"Hari ni hari jadi Mama, dan hari ni juga Cik B dapat berita yang Abah dah meninggal dunia. Sejujurnya saya tak tahu nak rasa apa."Hari yang sepatutnya dipenuhi dengan kebahagian, tapi saya dalam kesedihan. Al-fatihah," tulisnya.Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen turut berkongsi berita sedih itu menerusi Instastory miliknya.Bagaimanapun tiada maklumat lebih lanjut mengenai pemergian arwah bapa Cik B. - Gempak